Thursday, 28 June 2012

hanya untukmu syg


kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat...
biar aku merana diserang penyakit ini..
kerana aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja...
tapi setiap kali aku mendengar suaramu...
aku jatuh cinta sekali lagi!

aku terasa sesuatu dihatiku..
ianya seperti bara yg kecil..s
etiap kali aku melihatmu...
bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana..

AKU CINTAKAN KAU!

andai hatimu penjara..
biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku..
dan aku memberikannya padamu..
tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..
bukan hipokrit..
bukan cinta palsu..
bukan ada kepentingan..

ini adalah cinta tanpa syarat..
aku begitu menyintaimu…

cinta akan hilang jika diambil orang...
cinta akan mati jika digenggam rapi..

bagaimana harusku memegangmu?
apa perluku meneruskan atau melepaskan?
 betapa indah pun perkataan..
tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku..
dan aku memberikannya padamu...
tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

cintaku bukan ibarat kertas…
cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…

jika mencintaimu satu kesalahan...
biar aku bersalah...
cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..

cinta kita banyak ranjau...
tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu…
kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

aku tak dapat hidup tanpamu…
kerana kaulah nyawaku..

jika cinta itu dicukai..
aku lah pembayar cukai paling tinggi!

mencintaimu adalah perkara terindah...
yg pernah berlaku dalam hidupku...
mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku...
kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.

air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
air mata kerana kekasih 1penyesalan,
air mata kerana Allah 1 keberkatan..


tme kaseh kerana membace blog saya..

written by..MoHd ShAhRuL nIzAm
post at..02:30pm


No comments:

Post a Comment